Sunday, June 14, 2009

Berilah Khabar Gembira dan Jangan Memberi Ancaman.

Dalam sebuah hadis baginda s.a.w bersabda “ Berilah khabar gembira dan janganlah kamu memberi ancaman.Mudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan ”. Inilah sabda Rasulullah s.a.w merupakan pengisytiharan yang sangat jelas perkataannya yang ditujukan kepada mereka yang mendakwahkan Islam sebagai agama yang mengandungi khabar gembira dan kemudahan dapat disampaikan kepada manusia, tanpa sebarang ancaman dengan kekerasan dan kata-kata kasar.Justeru seharusnya menyeru Islam dengan bijaksana dan nasihat baik serta mengingatkan mereka akan kasih sayang Allah s.w.t Yang Maha Pengasih.

Pernahkan kamu mendengar orang lain yang lebih jahat dari Fir’aun di permukaan dunia ini?.

Allah mengutus Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk berdakwah kepada penguasa zalim.Dia berpesan kepada mereka berdua sewaktu mereka sedang dalam perjalanan menuju Fir’aun : “ Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. ”( Thaha: 44 ).Ketahuilah jika kita hendak mengajak orang lain ke jalan syurga, samada lelaki atau perempuan, orang tua atau pemuda, penguasa atau rakyat biasa, maka pastikanlah kita melakukannya dengan cara lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Sesungguhnya para ulama, para da’i dan orang-orang Islam yang yang bermujahadah dijalan Allah s.w.t merupakan utusan-utusan yang membawa kedamaian dan kasih sayang.Risalah Islam merupakan risalah cinta, kedamaian, kasih sayang dan hidayah.Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Anbiya : 107 yang bermaksud “ Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau ( Wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ”

Oleh itu saya mengingatkan ( diri saya khususnya ), saudara-saudara yang berkecimpung dalam dunia dakwah untuk tidak menjadi ancaman bagi orang lain ketika menyampaikan ceramah mahupun khutbah.Sehingga seakan-akan tidak wujud lagi kasih sayang dalam diri mereka.Ada sesetengah mereka berbicara kepada khalayak ramai dengan menggunkan perumpamaan dan andaian yang sukar difahami seakan-akan dia yang berada diatas bintang, kononya untuk menunjukkan kepandaiannya dalam berhujah dan berpidato.Walhal keadaan tersebut tidak sedikit pun memberi manfaat kepada para pendengar. Kenapa kita tidak mengakui sifat kemanusiaan, keterbukaan dan kelemahan kita?.Kenapa kita tidak berbicara kepada orang lain sebagaimana kita juga sama seperti mereka dan mereka pula sama seperti kita sebagai seorang manusia yang pernah melakukan kesalahan, berdosa dan kemudian meminta ampun kepada Allah s.w.t.

Agama Islam yang kita yakini itu tidak mempunyai bapa dan ibu, melainkan setiap kita adalah pembawa risalah ketuhanan yang bersifat universal, iaitu risalah kedamaian, persaudaraan, kemanusiaan, hidayah dan kasih sayang.Tiada seorang pun yang lebih suci, bersih dan mulia berbanding Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment