Sunday, June 14, 2009

Berilah Khabar Gembira dan Jangan Memberi Ancaman.

Dalam sebuah hadis baginda s.a.w bersabda “ Berilah khabar gembira dan janganlah kamu memberi ancaman.Mudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan ”. Inilah sabda Rasulullah s.a.w merupakan pengisytiharan yang sangat jelas perkataannya yang ditujukan kepada mereka yang mendakwahkan Islam sebagai agama yang mengandungi khabar gembira dan kemudahan dapat disampaikan kepada manusia, tanpa sebarang ancaman dengan kekerasan dan kata-kata kasar.Justeru seharusnya menyeru Islam dengan bijaksana dan nasihat baik serta mengingatkan mereka akan kasih sayang Allah s.w.t Yang Maha Pengasih.

Pernahkan kamu mendengar orang lain yang lebih jahat dari Fir’aun di permukaan dunia ini?.

Allah mengutus Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk berdakwah kepada penguasa zalim.Dia berpesan kepada mereka berdua sewaktu mereka sedang dalam perjalanan menuju Fir’aun : “ Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. ”( Thaha: 44 ).Ketahuilah jika kita hendak mengajak orang lain ke jalan syurga, samada lelaki atau perempuan, orang tua atau pemuda, penguasa atau rakyat biasa, maka pastikanlah kita melakukannya dengan cara lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Sesungguhnya para ulama, para da’i dan orang-orang Islam yang yang bermujahadah dijalan Allah s.w.t merupakan utusan-utusan yang membawa kedamaian dan kasih sayang.Risalah Islam merupakan risalah cinta, kedamaian, kasih sayang dan hidayah.Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Anbiya : 107 yang bermaksud “ Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau ( Wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ”

Oleh itu saya mengingatkan ( diri saya khususnya ), saudara-saudara yang berkecimpung dalam dunia dakwah untuk tidak menjadi ancaman bagi orang lain ketika menyampaikan ceramah mahupun khutbah.Sehingga seakan-akan tidak wujud lagi kasih sayang dalam diri mereka.Ada sesetengah mereka berbicara kepada khalayak ramai dengan menggunkan perumpamaan dan andaian yang sukar difahami seakan-akan dia yang berada diatas bintang, kononya untuk menunjukkan kepandaiannya dalam berhujah dan berpidato.Walhal keadaan tersebut tidak sedikit pun memberi manfaat kepada para pendengar. Kenapa kita tidak mengakui sifat kemanusiaan, keterbukaan dan kelemahan kita?.Kenapa kita tidak berbicara kepada orang lain sebagaimana kita juga sama seperti mereka dan mereka pula sama seperti kita sebagai seorang manusia yang pernah melakukan kesalahan, berdosa dan kemudian meminta ampun kepada Allah s.w.t.

Agama Islam yang kita yakini itu tidak mempunyai bapa dan ibu, melainkan setiap kita adalah pembawa risalah ketuhanan yang bersifat universal, iaitu risalah kedamaian, persaudaraan, kemanusiaan, hidayah dan kasih sayang.Tiada seorang pun yang lebih suci, bersih dan mulia berbanding Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Kewujudan manusia

Pernahkah kamu terfikir bagaimana manusia wujud?.Kamu mungkin akan berkata, “ Setiap orang mempunyai ibu bapa”.Tetapi jawapan tersebut tidak tepat.Tambahan pula ia tidak menjelaskan kewujudan ibu bapa pertama- manusia pertama,Kamu mungkin pernah mendengar cerita-cerita tentang subjek ini disekolah atau orang-orang disekeliling kamu.Jawapan yang tepat ialah, Allah s.w.t telah menjadikan kamu.Manusia yang pertama yang wujud dimuka bumi ialah Nabi Adam a.s.

Adam a.s. adalah seperti kita, seorang manusia yang berjalan, bercakap dan menyembah Allah s.w.t. Allah telah menjadikannya diikuti dengan isterinya.Kemudian anak-anak mereka tersebar ke seluruh dunia.Jangan lupa Allah s.w.t hanya perlu mengeluarkan arahan untuk mencipta. Apabila Dia mengkhendaki sesuatu, Dia mengeluarkan arahan “ JADI “ maka jadilah.Dia mempunyai kekuasaan untuk melakukan apa sahaja.Contohnya Dia menjadikan Adam as daripada tanah.Ia mudah bagi Allah s.w.t.Bagaimapun, terdapat mereka yang menafikan kewujudan Allah.Mereka memberikan jawapan berbeza tentang kewujudan manusia. Mereka tidak mencari kebenaran.

Jika satu watak kartun berkata “ Saya terbentuk kerana dakwat tertumpah diatas kertas secara tidak sengaja.Cat juga telah tertumpah secara kebetulan dan membentuk warna.Dengan kata lain, saya tidak perlukan sesiapa pun untuk melukis gambar saya atau membentuk saya.Saya dapat wujud sendiri, secara kebetulan” , kamu tentu tidak akan menghiraukannya.Kamu mengetahui garisan sempurna,warna dan aksi-aksi kartun tidak dapat terbentuk dengan tumpahan cat secara rawak, kerana tumpahan sebotol dakwat hanya menghasilkan kotoran, ia tidak mungkin membentuk sebuah gambar yang baik. Untuk menghsilkannya, seseorang perlu memikirkannya, menciptanya dan kemudian melukisnya.

Daripada contoh ini, fikirkanlah dengan serius perkara berikut ; seseorang yang tidak mahu menerima bahawa Allah s.w.t yang telah menciptakannya juga sebenarnya berbohong sepertimana watak kartun tersebut.

Friday, May 29, 2009

SURAT DARI SHEIKH ABD AL-FATTAH ABU GHUDDAH KEPADA MAULANA ZAKARIA AL-KANDAHLAWI.



Saudara/i Semua,

Maulana Zakaria adalah seorang ulama hadis tersohor. Beliau telah menulis berbagai kitab di dalam bidang hadis dan menjadi rujukan hampir di seluroh dunia. Beliau dikenali sebagai "Syeikhul Hadis" bukan sahaja di "IndoPak" namun juga di Tanah Arab. Penuntut beliau terdiri dari orang 'Ajam dan bukan 'Ajam. Sebahagian besar menjadi ulama terkenal. Atas sebab kepakaran beliau dalam bidang hadis maka beliau menjadi sumber rujukan oleh ulama sezaman dengan beliau di "IndoPak' juga dari Tanah Arab.Beliau juga pernah mengajar hadis di Madinah Al-Munawwarah beberapa tahun sebelum kewafatan beliau.

Surat di atas adalah sebahagian surat-surat yang masih tersimpan yang datang dari Ulama Hadis serta Penyelidk dalam bidang hadis yang terkenal di Tanah Arab iaitu Syeikh Abd Al-Fattah Abu Ghuddah rah yang mengutuskan surat tulisan tangan beliau sendiri kepada Maulana Zakaria rah setelah menerima satu set kitab Aujaz Al-Masaalik syarah bagi Muwatta' Imam Malek karangan Maulana Zakaria rah.

Kritikan sesetengan saudara kita di Malaysia/Indonesia atas kitab tulisan beliau "Fadhail Amal" dengan mengatakan bersumber dari hadis palsu dan dhaif sepatutnya dibakulsampahkan memandangkan pengikhtirafan ke atas beliau oleh ulama-ulama sezaman denganya.

Nota:
Artikel berkaitan sila lihat "Penerangan ke Atas Kitab Fahdail Al-Amal", "Kitab Rujukan Dalam Fadhail Al Amal","Ulama Besar di Dalam Jemaah Tabligh" dan "Kitab Rujukan Dalam Jemaah Tabligh".

(Ehsan dari: Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 82 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417 AH / January 1997 CE ed. ) by Mawlana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri)
Adakah jihad diabaikan?

Mereka berkata:
"Orang orang Tabligh mengingkari jihad, dan mereka menganggap bahwa keadaan kaum muslimin sekarang ini seperti keadaan Rasulullah SAW dan sahabat sahabatnya semasa di Makkah sebelum hijrah"

Kami katakan:
"Apakah dalam ucapan ini terdapat aib, keburukan atau dosa sehingga Jama'ah Tabligh diburukkan dan dicaci maki karenanya?

Ini adalah ucapan setiap orang yang memiliki ilmu, akal dan kefahaman (yang benar) tentang keadaan umat Islam dan apa yang sedang terjadi di negeri negeri mereka dan apa yang menimpa kehidupan mereka. Maka mereka mereka yang dengan sombong menghina usaha da'wah dan mengajak kaum muslimin untuk berjihad (berperang) serta menyakiti hati orang orang yang tidak bersedia untuk itu, tolong beritahukan kepada kami, berapakah perang yang telah mereka laksanakan? Berapa negerl yang telah mereka bebaskan dan telah mereka tegakkan didalamnya syari'at Allah sehingga dapat dikatakan bahwa Jama'ah Tabligh meninggalkan jihad dan mundur darinya?

Yang sebenamya terjadi hanyalah bahwa orang orang Tabligh tidak mendorong/menggalakkan kepada jihad di Afganistan karena kesibukan mereka dalam da'wah. Dan apabila terdapat satu orang atau beberapa orang, zuhud terhadap jihad Afganistan dan memandang bahwa da'wah kepada perbaikan diri dan pendidikan akhlak lebih diutamakan dari pada jihad, hal ini bukan merupakan aib yang memburukkan Jama'ah Tabligh baik di Timur atau Barat.

Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Reaktor Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh”
Soalan : Mengapa Kitab Fadhail Amal mengandungi hadis dhaif dan maudhu'?

Jawapan 1 : Penerangan dari Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahimahullah), Mufti Besar Darul Ulum Deoband dalam fatwa beliau pada 24/3/1395 AH:

"Kemungkinan besar tidak ada hadith yang disepakati oleh semua ulama' sebagai maudhu'. Bagaimana pun terdapat hadith yang dianggap dha'if atau lemah malah dilabel sebagai palsu oleh sebahagian ulama'. Pengarang kitab Fadha'il Amal yang mulia (Maulana Zakariyya rah.) sendiri telah menyentuh tentang perkara ini. Kitab 'Tadribur Rawi' menerangkan bahawa adalah dibolehkan menggunakan hadith dho'if berkaitan dengan fadhilat atau kelebihan-kelebihan amal. Jika sebaliknya, apa yang kamu akan perkatakan tentang Ibn Majah (rah.) apabila Ibn Jauzi (rah.) mengatakan bahawa kebanyakan daripada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau sebagai maudhu'? Ibn Majah adalah sebahagian dari silibus madrasah malah salah satu dari 6 kitab sahih. Ibn Majah (rah.) tidak menyebut pun hadith-hadith tersebut sebagai maudhu'. Malah kitab beliau digunakan tanpa sebarang bantahan.

Pengarang kitab Fadha'il Amal sangat berhati-hati. Beliau telah menerangkan tentang hadith-hadith yang sesetengah ulama' mengatakan sebagai maudhu'. Jika sekiranya semua ulama bersepakat bahawa hadith-hadith tersebut adalah maudhu', beliau sekali-kali tidak akan meriwayatkannya."