Sunday, June 14, 2009

Berilah Khabar Gembira dan Jangan Memberi Ancaman.

Dalam sebuah hadis baginda s.a.w bersabda “ Berilah khabar gembira dan janganlah kamu memberi ancaman.Mudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan ”. Inilah sabda Rasulullah s.a.w merupakan pengisytiharan yang sangat jelas perkataannya yang ditujukan kepada mereka yang mendakwahkan Islam sebagai agama yang mengandungi khabar gembira dan kemudahan dapat disampaikan kepada manusia, tanpa sebarang ancaman dengan kekerasan dan kata-kata kasar.Justeru seharusnya menyeru Islam dengan bijaksana dan nasihat baik serta mengingatkan mereka akan kasih sayang Allah s.w.t Yang Maha Pengasih.

Pernahkan kamu mendengar orang lain yang lebih jahat dari Fir’aun di permukaan dunia ini?.

Allah mengutus Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk berdakwah kepada penguasa zalim.Dia berpesan kepada mereka berdua sewaktu mereka sedang dalam perjalanan menuju Fir’aun : “ Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. ”( Thaha: 44 ).Ketahuilah jika kita hendak mengajak orang lain ke jalan syurga, samada lelaki atau perempuan, orang tua atau pemuda, penguasa atau rakyat biasa, maka pastikanlah kita melakukannya dengan cara lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Sesungguhnya para ulama, para da’i dan orang-orang Islam yang yang bermujahadah dijalan Allah s.w.t merupakan utusan-utusan yang membawa kedamaian dan kasih sayang.Risalah Islam merupakan risalah cinta, kedamaian, kasih sayang dan hidayah.Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Anbiya : 107 yang bermaksud “ Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau ( Wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ”

Oleh itu saya mengingatkan ( diri saya khususnya ), saudara-saudara yang berkecimpung dalam dunia dakwah untuk tidak menjadi ancaman bagi orang lain ketika menyampaikan ceramah mahupun khutbah.Sehingga seakan-akan tidak wujud lagi kasih sayang dalam diri mereka.Ada sesetengah mereka berbicara kepada khalayak ramai dengan menggunkan perumpamaan dan andaian yang sukar difahami seakan-akan dia yang berada diatas bintang, kononya untuk menunjukkan kepandaiannya dalam berhujah dan berpidato.Walhal keadaan tersebut tidak sedikit pun memberi manfaat kepada para pendengar. Kenapa kita tidak mengakui sifat kemanusiaan, keterbukaan dan kelemahan kita?.Kenapa kita tidak berbicara kepada orang lain sebagaimana kita juga sama seperti mereka dan mereka pula sama seperti kita sebagai seorang manusia yang pernah melakukan kesalahan, berdosa dan kemudian meminta ampun kepada Allah s.w.t.

Agama Islam yang kita yakini itu tidak mempunyai bapa dan ibu, melainkan setiap kita adalah pembawa risalah ketuhanan yang bersifat universal, iaitu risalah kedamaian, persaudaraan, kemanusiaan, hidayah dan kasih sayang.Tiada seorang pun yang lebih suci, bersih dan mulia berbanding Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Kewujudan manusia

Pernahkah kamu terfikir bagaimana manusia wujud?.Kamu mungkin akan berkata, “ Setiap orang mempunyai ibu bapa”.Tetapi jawapan tersebut tidak tepat.Tambahan pula ia tidak menjelaskan kewujudan ibu bapa pertama- manusia pertama,Kamu mungkin pernah mendengar cerita-cerita tentang subjek ini disekolah atau orang-orang disekeliling kamu.Jawapan yang tepat ialah, Allah s.w.t telah menjadikan kamu.Manusia yang pertama yang wujud dimuka bumi ialah Nabi Adam a.s.

Adam a.s. adalah seperti kita, seorang manusia yang berjalan, bercakap dan menyembah Allah s.w.t. Allah telah menjadikannya diikuti dengan isterinya.Kemudian anak-anak mereka tersebar ke seluruh dunia.Jangan lupa Allah s.w.t hanya perlu mengeluarkan arahan untuk mencipta. Apabila Dia mengkhendaki sesuatu, Dia mengeluarkan arahan “ JADI “ maka jadilah.Dia mempunyai kekuasaan untuk melakukan apa sahaja.Contohnya Dia menjadikan Adam as daripada tanah.Ia mudah bagi Allah s.w.t.Bagaimapun, terdapat mereka yang menafikan kewujudan Allah.Mereka memberikan jawapan berbeza tentang kewujudan manusia. Mereka tidak mencari kebenaran.

Jika satu watak kartun berkata “ Saya terbentuk kerana dakwat tertumpah diatas kertas secara tidak sengaja.Cat juga telah tertumpah secara kebetulan dan membentuk warna.Dengan kata lain, saya tidak perlukan sesiapa pun untuk melukis gambar saya atau membentuk saya.Saya dapat wujud sendiri, secara kebetulan” , kamu tentu tidak akan menghiraukannya.Kamu mengetahui garisan sempurna,warna dan aksi-aksi kartun tidak dapat terbentuk dengan tumpahan cat secara rawak, kerana tumpahan sebotol dakwat hanya menghasilkan kotoran, ia tidak mungkin membentuk sebuah gambar yang baik. Untuk menghsilkannya, seseorang perlu memikirkannya, menciptanya dan kemudian melukisnya.

Daripada contoh ini, fikirkanlah dengan serius perkara berikut ; seseorang yang tidak mahu menerima bahawa Allah s.w.t yang telah menciptakannya juga sebenarnya berbohong sepertimana watak kartun tersebut.