Monday, April 6, 2009

Sekadar Renungan

Cinta Pada Bunga , Bunga Akan Layu
Cinta Pada Manusia , Manusia Akan Mati
Cinta Pada Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi
--------------------------------------------
MENOLEH KE BELAKANG, MENGHALANG..MELIHAT KIRI KANAN,PENCARIAN..MENUJU KE DEPAN, KEJAYAAN..
NAK DAPATKAN ILMU TIDAK SESUSAH MENCARI MUTIARA DI LAUTAN..HANYA AKAL YG MAMPU MENCORAKNYA..
-------------------------------------------
- Perjalanan kita masih Jauh,Oleh itu carilah bekalan yang secukupnya agar kita tidak kebuluran di 'NEGERI ABADI'
- Sahabat yang sejati adalah sahabat yang suka berkata benar, bukannya sahabat yang suka membenarkan kata-kata sahabatnya.
HIDUP INI UMPAMA KETUPAT MENGANYAMNYA PENUH SERI TAPI YANG DIMAKAN HANYA ISI....
- Jangan menangis kerana ianya telah berakhir tetapi senyumlah kerana ianya telah berlalu
- Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir tapi ingatan seseorang pada saudaranya di dalam doanya ( Imam al-Ghazali )
-'Hidup ini umpama mimpi, Kita harus berhadapan dengan realiti, walau apa pun yang terjadi'.
- Cinta kepada manusia umpama embun pagi, bila terbit mentari,hilanglah ia...Cinta kepada Allah jua yang abadi,kekal hakiki,menuju ukhrawi dan bersemayam di syurgawi...
- Hidup tak perlu membahagiakan orang lain utk dapat imbalan drnya, seperti badut yang mengembirakan hati orang yang yang hatinya sendiri tak bisa dia gembirakan. oleh itu, jadilah diri sendiri, hidup jangan jadi mangsa....
UNTUK MENGEJAR KEJAYAAN, KENALI DIRI KAMU DAHULU CARA UNTUK KAMU PEROLEH KEJAYAAN ITU...

No comments:

Post a Comment